Jaundice / Bayi Kuning

Rawatan lengkap untuk jaundice/bayi kuning dan prolong jaundice.

 

Perlukan khidmat konsultansi & rawatan kesihatan?
Set temujanji dengan doktor kami.

Apa Itu Jaundice/Bayi Kuning?

Jaundice adalah satu fenomena di mana muncul warna kekuningan pada kulit bayi yang baru lahir dan lazimnya ketara di bahagian muka dan dada.

Jaundice atau bayi kuning ini terjadi 2-3 hari selepas kelahiran dan akan menghilang selepas 2 minggu.

Jika selepas 2 minggu bayi masih kuning, ini dinamakan prolong jaundice.

Doktor Kami

Doktor yang akan bantu rawatan jaundice/bayi kuning.

Dr. Puteri Nor Farhah Fauzi

Dr. Puteri Nor Farhah

Principal Medical Officer

Dr. Nurul Iman Azhar

Dr. Nurul Iman Azhar

Medical Officer

Kelebihan Kami

4 sebab anda perlu dapatkan rawatan perkhidmatan dengan kami.

Doktor 100% Wanita

Semua doktor yang merawat adalah wanita dan ada pengalaman lebih 6 tahun merawat wanita & bayi

Konsultansi Yang Mesra

Doktor akan analisa & beri solusi spesifik untuk masalah kesihatan mengikut situasi & kes anda.

Rekod Rawatan Disimpan

Sejarah lawatan & kesihatan anda dan anak-anak disimpan untuk pemantauan kesihatan yang holistik.

300+ Review di Google

Kami menerima 4.9/5 review di Google dari pelawat & dipercayai 900+ wanita & ibu sejak tahun 2020.

FAQ Jaundice/Bayi Kuning

Soalan lazim untuk masalah jaundice/bayi kuning.

Lazimnya, doktor akan memeriksa warna kulit, latar belakang ibu bapa, jenis darah dan warna najis yang dikeluarkan bayi.

Doktor juga akan menyarankan anda untuk menyewa lampu biru jika kondisi jaundice bayi adalah tinggi.

Kebiasaannya, bayi akan mengalami jaundice/kuning seawal 24 jam selepas dilahirkan sehingga 2 minggu.

Jika selepas 2 minggu masih ada jaundice/kuning, bayi tersebut akan menerima rawatan berbeza untuk kategori “prolong jaundice”.

Tanda-tanda anak anda kena jaundice/kuning boleh dilihat seawal 24 jam pertama selepas bayi dilahirkan.

Selain itu, jururawat yang menyambut kelahiran di hospital/klinik juga akan membuat ujian darah untuk menyemak bacaan biliruben untuk tahu paras kuning bayi anda.

Tanda-tanda fizikal jaundice/kuning yang boleh dilihat adalah timbul warna kekuningan pada muka dan menurun ke dada bayi anda.

Jika warna kekuningan itu merebak ke kaki dan lengan bayi, ini bermakna bacaan kuning bayi semakin tinggi.

Anda boleh bawa anak anda ke Klinik Puteri, Setia Alam secara walk-in tanpa appointment untuk checkup & rawatan jaundice/kuning bila-bila masa 8.30AM-10.30PM setiap hari.

Anda boleh set temujanji menerusi WhatsApp di 010-6681050 atau set temujanji secara online di SINI 

Set Temujanji Jaundice/Kuning Hari Ini